Dimaklumkan bahawa Pn. Mazlinda Zainy telah mendapat tawaran cuti belajar dalam negeri (Rancangan Latihan untuk Pegawai Akademik) UPM bagi program PhD bermula pada 31 Januari 2011 hingga 30 Januari 2014. Beliau kini menyambung pelajar di Universiti Malaya dalam bidang Low Dimensional Materials.
Warga KWF mendoakan semoga beliau berjaya sepanjang sesi pembelajaran beliau dan dapat mengharumkan nama Jabatan Fizik sekaligus Fakulti Sains dengan keputusan-keputusan cemerlang. Ameen
Sukacita dimaklumkan seramai tiga (3) pensyarah/tutor yang telah kembali bertugas di Jabatan Fizik iaitu; Puan Suriati Paiman - programPhDdiAustralian National University. Mula bertugas semula pada 29 Disember 2010.
Puan Norlaily Mohd Saiden – programPhDdiUniversity of Sheffield, United Kingdom. Mula bertugas semula pada 4 Januari 2011.
Encik Mohd Mustafa Awang Kechik– programPhDdiUniversity of Birmingham, United Kingdom. Mula bertugas semula pada 7 Februari 2011.
Warga KWF mengucapkan Selamat Bertugas Semula di Jabatan Fizik, Fakulti Sains!
Majlis turut memberi sumbangan kepada En. Mohd Shah Ibrahim atas pemergian Ayahda tercinta kerahmatullah juga sumbangan kepada En. Mohd Hairi Maat sempena Majlis Walimatulurus beliau.