Thursday, September 23, 2010

2 ORANG WARGA KWF DIMASUKKAN KE HOSPITAL

Adalah dimaklumkan bahawa seramai 2 orang pegawai di Jabatan Fizik telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini iaitu Prof. Madya Dr. Hishamuddin Zainuddin dan En. Baharuddin Ibrahim. Jabatan telah dimaklumkan berkenaan perkara tersebut pada awal minggu ini.

Prof. Madya Dr. Hishamuddin Zainuddin telah dimasukkan ke Hospital KPJ Seremban kerana mengalami masalah komplikasi tulang belakang.

Manakala En. Baharuddin Ibrahim pula berada di Hospital Serdang (Wad 7E katil 21). Seperti yang dimaklumkan, En. Baharuddin Ibrahim telah mengalami kesukaran bernafas dan komposisi gula dan garam yang rendah.

Marilah kita bersama-sama mendoakan kesihatan dan kesejahteraan mereka semakin baik dan dapat meneruskan kerjaya seperti biasa.

GANJARAN MENZIARAHI PESAKIT
Sesiapa yang menziarahi seorang pesakit di waktu pagi, nescaya 70,000 malaikat akanberselawat ke atasnya sehinggalah ke petang. Jika pada waktu petang, nescaya 70,000 malaikat akan berselawat ke atasnya hingga ke waktu pagi. - HR Ahmad

No comments:

Post a Comment

KELAB WARGA FIZIK