Kelab Warga Fizik (KWF) telah berjaya menganjurkan Sambutan Majlis Hari Raya Jabatan Fizik 2011 pada 23hb September 2011 (Jumaat), jam 8.00 malam di Perkarangan Dewan Kuliah Sains (DKS) yang dihadiri oleh ahli-ahli KWF termasuklah keluarga masing-masing.
Pengarah program yang diterajui oleh En. Mohd Hairi Maat dan dibantu oleh warga KWF mengucapkan jutaan terima kasih buat semua warga KWF yang telah bertungkus-lumus menyediakan juadah sepanjang majlis berlangsung. Beliau turut mengharapkan semoga tradisi seperti ini dapat dikekalkan untuk tahun-tahun mendatang. Warga KWF juga dihiburkan dengan persembahan nasyid oleh ahli kelab.
Sedikit hadiah juga sumbangan turut disampai pada malam tersebut. KWF menyampaikan hadiah kepada En.Mohd Hairi Maat diatas kelahiran putera sulung beliau, Dr. Mazliana Ahmad Kamaruddin diatas kelahiran putera kedua beliau, EN. Mohd Shah Ibrahim meraikan cucu pertama dan sumbangan kepada Pn. Noor Farizatul Shida Abd. Rahman diatas pemergian Allahyarham ayahda beliau.
Pelbagai menu menarik telah disediakan untuk santapan semua jemputan pada malam ini. Warga KWF telah dihidangkan dengan menu-menu menarik antaranya mee kari, lemang, nasi impit, rendang dan tidak ketinggalan sate daging dan ayam. Warga KWF turut membawa 'port luck' masing-masing untuk menu tambahan.

No comments:
Post a Comment