Wednesday, April 4, 2012

Tahniah buat kalian

Alhamdulillah dan sekalung tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga pegawai Jabatan Fizik merangkap ahli KWF dan pasangan serta keluarga mereka atas kelahiran dan kehadiran putera-putera dan juga puteri baharu mereka.



Putera Pn. Nik Afida Anis Azahari telah selamat dilahirkan 21 Januari 2012 (Sabtu) di Hospital An-Nur, Bangi. Putera beliau diberi nama ADAM AZROF a.k.a MUHAMMAD AZROF. Putera beliau seberat 3.2kg telah dilahirkan secara normal.









Puteri Pn. Suzianti Ewandi Jong pula telah selamat dilahirkan pada 12 Februari 2012 (Ahad) jam 6.54 petang di Hospital Serdang. Puteri beliau diberi nama Nur Damia Amani. Berat Damia ketika dilahirkan adalah 2.7kg dan telah dilahirkan secara normal dan tiada sebarang komplikasi











Putera kedua Dr. Norlaily
Mohd Saiden, Hafiy Naqeeb b. Hasri telah selamat dilahirkan pada tarikh 28 Mac 2012 (Rabu) di Hospital Serdang. Bayi seberat 3.7kg selamat dilahirkan secara normal setelah di 'induced' untuk mempercepatkan kelahiran. Al-hamdulillah ibu dan bayi sihat.








Semoga dengan kehadiran semua bayi-bayi comel
ini, akan dapat menambahkan kegembiraan dan kesejahteraan mereka sekeluarga. Kami warga KWF mendoakan semoga putera dan puteri mereka membesar menjadi putera dan puteri solehah dan sentiasa mendoakan ibu bapa mereka. Ameen

Wednesday, February 8, 2012

Kami mendoakan yang TERBAIK

Rakan-rakan seFakulti sekelian,

Saya ingin memaklumkan bahawa Prof. Dr. Mohd Maarof Moksin sekarang ini berada di Hospital KPJ Seremban. Doktor telah mengesahkan bahawa beliau mengidap kanser paru-paru tahap 2. Di sini saya memanjangkan hasrat beliau kepada semua ahli Fakulti untuk memaafkan semua kesalahan beliau tanpa kecuali.
Marilah kita berdoa agar Allah permudahkan segala urusan untuk kesihatan beliau kembali sembuh sepenuhnya.

info:-
ASSOC. PROF DR. ZAINAL ABIDIN TALIB

Tuesday, December 20, 2011

Tahniah atas kelahiran ke-3 Pn. Kamsiah Alias

Ahli Kelab Warga Fizik (KWF) mengucapkan tahniah kepada Pn. Kamsiah Alias, suami dan keluarga atas kelahiran bayi lelaki mereka sekitar jam 12.12 tghari pada 8 Disember 2011 yang lalu.

Dikhabarkan bayi lelaki tersebut dilahirkan secara normal di Hospital Serdang. Bayi seberat 3.04kg diberi nama DZAKIR IMRAN ZAINAL. Didoakan moga bayi ini membesarkan dengan baik serta menjadi anak yang soleh untuk mendoakan dan membahagiakan kedua orang tuanya seindah namanya آمِّينَ..

Thursday, December 1, 2011

Program FIZIK 360 berlangsung meriah

Jabatan Fizik, Fakulti Sains UPM telah melancarkan satu program yang diberi nama “Fizik 360”. Ia telah dilancarkan oleh wakil Dekan, Fakulti Sains iaitu Timbalan Dekan Akademik Prof. Madya Dr. Siti Khalijah Daud pada pagi tadi 2 Disember 2011 bertempat di Bilik Gerakan Fizik 360, Jabatan Fizik. Fakulti Sains.

Antara pengisian program, seperti Bengkel “Mind Mapping”, Tazkirah Hijrah dan Ceramah “Naik Pangkat Ekspres”. Program ini tercetus daripada semangat Hijrah untuk menganjak paradigma baru kepada warga Jabatan.

Nama “Fizik 360” ini mewakili satu transformasi yang syumul dan menyeluruh, bukan sahaja dari segi prestasi kerja tetapi juga sahsiah dan peribadi warganya, staf dan juga pelajar. Matlamat dan sasaran program ini antaranya ialah memacu kecemerlangan Jabatan, memperkukuh organisasi dan berkongsi pengalaman dan kepakaran.

Banyak aktiviti dirancang sepanjang tahun untuk mencapai tujuan tersebut. Diantaranya ialah Penulisan buku, Santai Fizik, Pengukuhan sahsiah staf dan pelajar, Seminar Fundamental Fizik dan Industri, Seminar Alumni Fizik, Kolokium Fizika dan banyak lagi. Adalah diharapkan dengan program ini akan memberi impak yang besar kepada seluruh warga Fizik.

Tuesday, November 8, 2011

~Salam AidilAdha~


Salam Aidil Adha buat seluruh warga Kelab Fizik

Tuesday, October 4, 2011

Dekan Fakulti Sains dipilih dari kalangan ahli KWF


Sukacita dimaklumkan bahawa Naib Canselor UPM telah melantik Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Talib, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah), Fakulti Sains sebagai Dekan, Fakulti Sains, UPM bagi tempoh tiga (3) tahun mulai 1 Oktober 2011.

Sehubungan itu, warga Fakulti mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Prof. Dr. Sidek Ab. Aziz, Dekan, Fakulti Sains akan menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Dekan mulai 1 Oktober 2008 yang akan berakhir pada 30 September 2011.

Warga KWF mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dekan, Fakulti Sains, UPM dan berharap beliau akan terus memberi sumbangan yang cemerlang lagi di masa hadapan dalam kerangka merealisasikan visi dan misi Fakulti Sains dan Universiti Putra Malaysia.

Sambutan Hari Raya 2011 disambut meriah.

Kelab Warga Fizik (KWF) telah berjaya menganjurkan Sambutan Majlis Hari Raya Jabatan Fizik 2011 pada 23hb September 2011 (Jumaat), jam 8.00 malam di Perkarangan Dewan Kuliah Sains (DKS) yang dihadiri oleh ahli-ahli KWF termasuklah keluarga masing-masing.
Pengarah program yang diterajui oleh En. Mohd H
airi Maat dan dibantu oleh warga KWF mengucapkan jutaan terima kasih buat semua warga KWF yang telah bertungkus-lumus menyediakan juadah sepanjang majlis berlangsung. Beliau turut mengharapkan semoga tradisi seperti ini dapat dikekalkan untuk tahun-tahun mendatang. Warga KWF juga dihiburkan dengan persembahan nasyid oleh ahli kelab.

Sedikit hadiah juga sumbangan turut disampai
pada malam tersebut. KWF menyampaikan hadiah kepada En.Mohd Hairi Maat diatas kelahiran putera sulung beliau, Dr. Mazliana Ahmad Kamaruddin diatas kelahiran putera kedua beliau, EN. Mohd Shah Ibrahim meraikan cucu pertama dan sumbangan kepada Pn. Noor Farizatul Shida Abd. Rahman diatas pemergian Allahyarham ayahda beliau.

Pelbagai menu menarik telah disediakan untuk santapan semua jemputan pada malam ini. Warga KWF telah dihidangkan dengan menu-menu menarik antaranya mee kari, lemang, nasi impit, rendang dan tidak ketinggalan sate daging dan ayam. Warga KWF turut membawa 'port luck' masing-masing untuk menu tambahan.
KELAB WARGA FIZIK