Thursday, November 25, 2010

Warga KWF antara penyumbang pingat di Pameran INOVA ENERGY 2010, Belgium

Warga KWF, Prof. Dr. Abdul Halim Shaari antara tiga penyelidik Fakulti Sains yang telah berjaya memenangi pingat sempena Pameran Penyelidikan Antarabangsa INOVA ENERGY 2010 yang telah berlangsung di Brussels, Belgium dari 18-20 November yang lalu.

Pingat emas dan satu Anugerah Khas 'Great Prize of the Technical University of CLUJ Napoca (Romanis) telah diraih oleh Prof. Dr. Abdul Halim Shaari menerusi penyelidikan beliau - Novel Ceramics for Energy Storage
.

Kelab Warga Fizik seterusnya Jabatan Fizik mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan yang telah beliau kecapi.

Monday, November 22, 2010

Lagi Warga KWF berstatus Kontrak

Sukacita dimaklumkan, Jabatan telah menerima pelantikan
En. Muhamad Zamri Yahaya sebagai Pegawai Sains (C41) berstatus Kontrak berkuatkuasa pada 23 November 2010 (Selasa). Ucapan sekalung tahniah buat beliau di atas kejayaan tersebut.


Semoga dengan pelantikan ini akan menjadi dorongan kepada beliau untuk memberikan sumbangan yang lebih lagi khususnya kepada Universiti dan negara amnya.
Diharapkan juga agar warga KWF dapat memberikan kerjasama sepenuhnya agar beliau dapat melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan cemerlang. TAHNIAH!!!

Thursday, November 11, 2010

Perlawanan Bola Jaring Wanita dan Lelaki anjuran KWK

Pertandingan Bola Jaring antara Jabatan anjuran Kelab Warga Kimia (KWK) akan diadakan seperti butiran berikut:

TARIKH: 14 November 2010 (Ahad)

MASA : 9.00 pagi hingga 1 petang

TEMPAT: Gelangang Bola Jaring berhadapan dengan Kolej Serumpun

Pada kali ini pertandingan Bola Jaring akan disertai oleh warga wanita dan lelaki KWF. Marilah kita beramai-ramai memeriah juga memberikan semangat kepada semua pemain KWF.

Kehadiran semua warga KWF amat diharapkan dan didahului dengan ribuan terima kasih.

KELAB WARGA FIZIK