Tuesday, October 4, 2011

Dekan Fakulti Sains dipilih dari kalangan ahli KWF


Sukacita dimaklumkan bahawa Naib Canselor UPM telah melantik Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Talib, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah), Fakulti Sains sebagai Dekan, Fakulti Sains, UPM bagi tempoh tiga (3) tahun mulai 1 Oktober 2011.

Sehubungan itu, warga Fakulti mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Prof. Dr. Sidek Ab. Aziz, Dekan, Fakulti Sains akan menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Dekan mulai 1 Oktober 2008 yang akan berakhir pada 30 September 2011.

Warga KWF mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dekan, Fakulti Sains, UPM dan berharap beliau akan terus memberi sumbangan yang cemerlang lagi di masa hadapan dalam kerangka merealisasikan visi dan misi Fakulti Sains dan Universiti Putra Malaysia.

Sambutan Hari Raya 2011 disambut meriah.


Kelab Warga Fizik (KWF) telah berjaya menganjurkan Sambutan Majlis Hari Raya Jabatan Fizik 2011 pada 23hb September 2011 (Jumaat), jam 8.00 malam di Perkarangan Dewan Kuliah Sains (DKS) yang dihadiri oleh ahli-ahli KWF termasuklah keluarga masing-masing.
Pengarah program yang diterajui oleh En. Mohd H
airi Maat dan dibantu oleh warga KWF mengucapkan jutaan terima kasih buat semua warga KWF yang telah bertungkus-lumus menyediakan juadah sepanjang majlis berlangsung. Beliau turut mengharapkan semoga tradisi seperti ini dapat dikekalkan untuk tahun-tahun mendatang. Warga KWF juga dihiburkan dengan persembahan nasyid oleh ahli kelab.

Sedikit hadiah juga sumbangan turut disampai
pada malam tersebut. KWF menyampaikan hadiah kepada En.Mohd Hairi Maat diatas kelahiran putera sulung beliau, Dr. Mazliana Ahmad Kamaruddin diatas kelahiran putera kedua beliau, EN. Mohd Shah Ibrahim meraikan cucu pertama dan sumbangan kepada Pn. Noor Farizatul Shida Abd. Rahman diatas pemergian Allahyarham ayahda beliau.

Pelbagai menu menarik telah disediakan untuk santapan semua jemputan pada malam ini. Warga KWF telah dihidangkan dengan menu-menu menarik antaranya mee kari, lemang, nasi impit, rendang dan tidak ketinggalan sate daging dan ayam. Warga KWF turut membawa 'port luck' masing-masing untuk menu tambahan.
KELAB WARGA FIZIK