Sunday, June 30, 2013

MESYUARAT AGUNG DWITAHUNAN KWF KALI KE-3

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, tuan / puan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut yang akan diadakan seperti berikut :

                        TARIKH           :          04 JUN 2013 (SELASA)
                        MASA :          10.30 PAGI
                        TEMPAT :          BILIK SAINTIS GEMILANG
AGENDA       :       (i) Pembentangan Laporan 2011-2013
   (ii) Pelantikan Jawankuasa 2013-2015
   (iii) Hal-hal lain
  :    12.00 pm; Jamuan tengahari

Thursday, June 20, 2013

TAHNIAH!!! KERANA FAKULTI SAINS TELAH MEMPEROLEHI SIJIL AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S (15.5.2013)

 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

YBhg Prof./Tuan/Puan

Sukacita saya memaklumkan bahawa Fakulti Sains telah berjaya memperolehi Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S oleh pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang dihadapi pada hari ini, 15.5.2013 (Rabu).  

Sehubungan itu, saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua warga Fakulti Sains di atas segala usaha gigih dan berkat ketekunan yang telah diberikan selama ini sehingga kita berjaya memperolehi sijil tersebut. Kejayaan ini adalah hasil daripada kerjasama, sokongan dan komitmen yang sangat tinggi dari semua pihak sama ada pihak pengurusan sendiri dan seluruh warga Fakulti Sains.

Penghargaan saya tujukan juga khusus kepada Penasihat, Pengerusi, AJK Pelaksana, Penasihat Strategi, AJK Kecil Promosi/Audit/Latihan, PIC dan semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak.

Kita doakan bersama agar kejayaan ini akan terus berkekalan.  Terima kasih.


-------------------------
Dekan
Fakulti Sains
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
SELANGOR
Tel: 03-89466601
Faks: 03-89432508

Monday, June 10, 2013

Tahniah buat Dr. Suriati Paiman

Sukacita dimaklumkan Dr. Suriati Paiman (Pensyarah/Timb. Presiden KWF) telah selamat melahirkan seorang putera pada 4 Jun 2013 dan kelahiran adalah secara normal. Dianggarkan putera beliau adalah seberat 3.69 kg dan berada dalam keadaan sihat.

Sekalung tahniah dari warga Kelab Fizik buat beliau juga keluarga.

Renungan Hadis:
http://www.yadim.com.my/Keluarga/KeluargaFull.asp?Id=160

Rasulullah s.a.w pernah bersabda; “Tahukah engkau siapakah yang mandul?”

Para sahabat menjawab; “ Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.”
Lalu Rasulullah s.a.w berkata ; Orang yang mandul ialah orang yang memepunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”


Tuesday, April 9, 2013

Kelahiran terbaru Dr. Mazliana....tahniah!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Mazliana Ahmad Kamaruddin (Bendahari I, KWF) telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.2 kg pada jam 10 pagi bertarikh 9.4.13 di Hospital Serdang. Proses kelahiran beliau adalah secara normal.


Sekalung tahniah dari KWF buat beliau dan keluarga atas anugerahNYA.

Tuesday, March 26, 2013

PRA AUDIT 5S

Kepada semua warga KWF, Pra Audit 5S oleh Integrated Kaizen Sdn. Bhd akan diadakan pada 27/3/2013 (Rabu). Semoga perkara ini dalam makluman dan kerjasama dari setiap warga jabatan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Skop Audit termasuk:  1. Makmal XRD
                                   2. Pejabat Am Fizik
                                   3.  Kawasan persekitaran (tempat umum)
                                   4. Keperluan Utama
                                   5. Tempat penyimpanan



KETUA JABATAN BAHARU

Dimaklumkan bahawa Jabatan Fizik akan menerima Ketua Jabatan baharu berkuatkuasa mulai 10 April 2013 (3 tahun). Ucapan setinggi penghargaan buat Prof. Madya Dr. Zaidan Abd. Wahab. Semoga kita semua dapat bersama memberikan komitmen yang tertinggi utk Jabatan, Fakulti seterusnya UPM dalam memajukan agenda-agenda Universiti.

Thursday, February 7, 2013

Dr. Chen Soo Kien naik pangkat..Tahniah!

Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Chen Soo Kien, telah pun dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Madya (DS54) berkuatkuasa 1 Februari 2013.
Sekalung tahniah dari warga KWF! Semoga P.M Dr. Chen lebih sukses di masa-masa akan datang

Sunday, January 20, 2013

Audit 5S kali ke-4


Dapatan Audit Dalaman Briged 5s kali ke-3 seperti di bawah;
Diharap semoga terdapat banyak lagi peningkatan untuk semua skop audit pada sesi Audit Dalaman kali ke empat yang akan diadakan seperti poster di atas.


Saturday, January 12, 2013

Kelahiran bayi baru Pn. Norhaslinda Noruddin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pn. Norhaslinda Noruddin (Pegawai Sains) telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 4.3000 kg pada 11.01.13 di Kelantan . Bayi bertuah tersebut diberi nama Nur Airis Damia Mohd Ibrahim.

Sekalung tahniah dari KWF buat beliau dan keluarga atas anugerahNYA.

MM Awang Kechik
KWF 

Friday, January 11, 2013

LANTIKAN BAHARU PENSYARAH KANAN DS51 JABATAN FIZIK: DR. ABDUL RAHMAN SARMANI




Fakulti Sains mengalu-alukan kehadiran Dr. Abdul Rahman Sarmani di atas lantikan beliau sebagai pensyarah kanan baharuJabatan  Fizik. Beliau telah melapor diri pada 2 Januari 2013. Fakulti mengucapkan tahniah di atas kejayaan beliau dan berharap akan  memberi sumbangan yang cemerlang di masa hadapan dalam kerangka merealisasikan visi  dan misi Universiti Putra Malaysia.

Tahniah di atas kenaikan pangkat DS52

Fakulti Sains merakamkan ucapan tahniah kepada Dr. Norlaily Mohd Saiden, Jabatan Fizik di atas kenaikan pangkat beliau sebagai Pensyarah Kanan (DS52) mulai 1 Disember 2012. Fakulti mengucapkan tahniah di atas kejayaan beliau dan berharap beliau akan memberi sumbangan yang cemerlang lagi di masa hadapan dalam kerangka merealisasikan visi dan misi Universiti Putra Malaysia.

Wednesday, January 2, 2013

KELAB WARGA FIZIK