Tuesday, December 20, 2011

Tahniah atas kelahiran ke-3 Pn. Kamsiah Alias

Ahli Kelab Warga Fizik (KWF) mengucapkan tahniah kepada Pn. Kamsiah Alias, suami dan keluarga atas kelahiran bayi lelaki mereka sekitar jam 12.12 tghari pada 8 Disember 2011 yang lalu.
Dikhabarkan bayi lelaki tersebut dilahirkan secara normal di Hospital Serdang. Bayi seberat 3.04kg diberi nama DZAKIR IMRAN ZAINAL. Didoakan moga bayi ini membesarkan dengan baik serta menjadi anak yang soleh untuk mendoakan dan membahagiakan kedua orang tuanya seindah namanya آمِّينَ..

Thursday, December 1, 2011

Program FIZIK 360 berlangsung meriah

Jabatan Fizik, Fakulti Sains UPM telah melancarkan satu program yang diberi nama “Fizik 360”. Ia telah dilancarkan oleh wakil Dekan, Fakulti Sains iaitu Timbalan Dekan Akademik Prof. Madya Dr. Siti Khalijah Daud pada pagi tadi 2 Disember 2011 bertempat di Bilik Gerakan Fizik 360, Jabatan Fizik. Fakulti Sains.

Antara pengisian program, seperti Bengkel “Mind Mapping”, Tazkirah Hijrah dan Ceramah “Naik Pangkat Ekspres”. Program ini tercetus daripada semangat Hijrah untuk menganjak paradigma baru kepada warga Jabatan.

Nama “Fizik 360” ini mewakili satu transformasi yang syumul dan menyeluruh, bukan sahaja dari segi prestasi kerja tetapi juga sahsiah dan peribadi warganya, staf dan juga pelajar. Matlamat dan sasaran program ini antaranya ialah memacu kecemerlangan Jabatan, memperkukuh organisasi dan berkongsi pengalaman dan kepakaran.

Banyak aktiviti dirancang sepanjang tahun untuk mencapai tujuan tersebut. Diantaranya ialah Penulisan buku, Santai Fizik, Pengukuhan sahsiah staf dan pelajar, Seminar Fundamental Fizik dan Industri, Seminar Alumni Fizik, Kolokium Fizika dan banyak lagi. Adalah diharapkan dengan program ini akan memberi impak yang besar kepada seluruh warga Fizik.

Tuesday, November 8, 2011

~Salam AidilAdha~


Salam Aidil Adha buat seluruh warga Kelab Fizik

Tuesday, October 4, 2011

Dekan Fakulti Sains dipilih dari kalangan ahli KWF


Sukacita dimaklumkan bahawa Naib Canselor UPM telah melantik Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Talib, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah), Fakulti Sains sebagai Dekan, Fakulti Sains, UPM bagi tempoh tiga (3) tahun mulai 1 Oktober 2011.

Sehubungan itu, warga Fakulti mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Prof. Dr. Sidek Ab. Aziz, Dekan, Fakulti Sains akan menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Dekan mulai 1 Oktober 2008 yang akan berakhir pada 30 September 2011.

Warga KWF mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dekan, Fakulti Sains, UPM dan berharap beliau akan terus memberi sumbangan yang cemerlang lagi di masa hadapan dalam kerangka merealisasikan visi dan misi Fakulti Sains dan Universiti Putra Malaysia.

Sambutan Hari Raya 2011 disambut meriah.


Kelab Warga Fizik (KWF) telah berjaya menganjurkan Sambutan Majlis Hari Raya Jabatan Fizik 2011 pada 23hb September 2011 (Jumaat), jam 8.00 malam di Perkarangan Dewan Kuliah Sains (DKS) yang dihadiri oleh ahli-ahli KWF termasuklah keluarga masing-masing.
Pengarah program yang diterajui oleh En. Mohd H
airi Maat dan dibantu oleh warga KWF mengucapkan jutaan terima kasih buat semua warga KWF yang telah bertungkus-lumus menyediakan juadah sepanjang majlis berlangsung. Beliau turut mengharapkan semoga tradisi seperti ini dapat dikekalkan untuk tahun-tahun mendatang. Warga KWF juga dihiburkan dengan persembahan nasyid oleh ahli kelab.

Sedikit hadiah juga sumbangan turut disampai
pada malam tersebut. KWF menyampaikan hadiah kepada En.Mohd Hairi Maat diatas kelahiran putera sulung beliau, Dr. Mazliana Ahmad Kamaruddin diatas kelahiran putera kedua beliau, EN. Mohd Shah Ibrahim meraikan cucu pertama dan sumbangan kepada Pn. Noor Farizatul Shida Abd. Rahman diatas pemergian Allahyarham ayahda beliau.

Pelbagai menu menarik telah disediakan untuk santapan semua jemputan pada malam ini. Warga KWF telah dihidangkan dengan menu-menu menarik antaranya mee kari, lemang, nasi impit, rendang dan tidak ketinggalan sate daging dan ayam. Warga KWF turut membawa 'port luck' masing-masing untuk menu tambahan.

Sunday, September 18, 2011

Jemputan ke Majlis Jamuan Raya 2011 bersama keluarga

Salam,
Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat KWF telah bersetuju 
dengan kebenaran Ketua Jabatan Fizik untuk mengadakan 
Majlis Sambutan Hari Raya 2011 Peringkat Jabatan Fizik 
yang akan diadakan pada;
TARIKH : 23 SEPTEMBER 2011 (JUMAAT)
MASA   : 8.00 MALAM
TEMPAT : RUANG LEGAR DKS
Untuk memeriahkan majlis tersebut, semua warga KWF 
digalakkan membawa 'pot luck'. Selain itu, jawatankuasa 
pelaksana mohon sumbangan ikhlas daripada semua warga KWF 
dengan jumlah seperti yang telah dipersetujui.
PROFESOR                    : RM 50.00
PROF. MADYA/PENSYARAH       : RM 30.00
TUTOR                       : RM 20.00
PEGAWAI SOKONGAN            : RM 10.00
* Bagi warga KWF yang ingin menyumbang lebih dari jumlah 
yang telah dipersetujui, sangat dialu-alukan.
Semua warga KWF dijemput beramai-ramai hadir bagi 
memeriahkan majlis tersebut. Pelbagai acara menarik 
telah dirancang sepanjang majlis tersebut. 
Semoga majlis ini mendapat keberkatan dan kemudahan dari ALLAH
s.w.t..Ameen
Azril Tajudin
Jk Jemputan
Majlis Sambutan Hari Raya 2011
Peringkat Jabatan Fizik
ext +06-89466646

Tuesday, September 13, 2011

Putera Sulung En.Mohd Hairi Maat dan Pn. Hajeera Tahir

Alhamdulillah.....sekalung tahniah dari warga KWF kepada En. Mohd Hairi Maat (Juruteknik Mekanikal) dan pasangan Pn. Hajeera Tahir kerana telah selamat dikurniakan cahaya mata pertama mereka pada 1 September 2011 yang lalu di Hospital Putrajaya. Bayi seberat 3.26 kilogram itu telah diberi nama HAFIY HASIF B. MOHD HAIRI. Semoga kegembiraan dan kebahagiaan mencurah-curah buat mereka sekeluarga.

Thursday, August 25, 2011

Thursday, August 18, 2011

Tahniah Dr. Mazliana!

Alhamdulillah dan sekalung tahniah diucapkan kepada Dr. Mazliana Ahmad Kamaruddin (Pensyarah Jab. Fizik) serta suami kerana telah selamat dikurniakan cahaya mata kedua mereka pada 5 Ogos 2011 yang lalu jam 08.02 pagi di Dewan bersalin, Hospital Serdang. Dikhabarkan beliau telah melahirkan secara normal. Bayi seberat 3.38 kilogram itu diberi nama FARIS AMSYAR B. FAZRUL HAIZAM. Semoga dengan kehadiran ahli keluarga baru dibulan yg mulia ini akan menambahkan seri dan keberkatan dalam keluarga beliau.

Thursday, August 11, 2011

Salam Ramadhan 1432H

Selamat menyambut Ramadhan Al-Murabarak kepada Warga KWF...semoga kita semua beroleh kerahmatan dan kesejahteraan di dalam menjalankan ibadah sepanjang bulan rahmat ini....



Wednesday, July 27, 2011

Pertandingan Bowling meriah dengan sorakan Warga KWF di The MINES

Pertandingan Bowling Jabatan Fizik yang telah dianjurkan oleh Kelab Warga Fizik pada 27 Julai 2011 bermula jam 8.00 di The MINES, Seri Kembangan yang lalu telah disertai oleh pemain-pemain dari warga KWF juga penyokong dari keluarga pemain. Objektif pertandingan tersebut adalah bagi merapatkan lagi ukhuwah sesama warga dan ahli keluarga.

Setelah seharian bekerja, warga dapat ber
seronok dan meluangkan masa bersama keluarga dan sahabat handai. Pelbagai aksi menarik telah ditunjukkan sepanjang pertandingan berlangsung. Semangat kerjasama dan berkumpulan jelas terpancar dari kesemua 6 kumpulan bertanding.

Semoga aktiviti sebegini dapat dilanjutkan di masa-masa akan datang. Jutaan terima kasih kepada JK Pelaksana Pertandingan Bowling Jabatan Fizik yang dipengerusikan oleh En. Muhammad Zamri Yahaya.


Sunday, July 24, 2011

Cahaya mata kedua Pn. Noor Farizatul Shida Abd. Rahman

Alhamdulillah.....sekalung tahniah dari warga KWF kepada Pn. Noor Farizatul Shida Abd. Rahman dan suami kerana telah selamat dikurniakan cahaya mata kedua mereka pada 14 Julai 2011 tepat jam 03.20 pagi di Hospital Serdang. Dikhabarkan beliau telah melahirkan secara normal. Bayi seberat 2.8 kilogram itu diberi nama MUHAMMAD AMMAR QASRIN B. MUHAMMAD SUHAIMI.

Semoga Ammar Qasrin menjadi anak yang soleh dan pintar di dunia dan akhirat...ameen

Sunday, July 17, 2011

Pertandingan Bowling ditangguhkan pada 27 Julai 2011

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Jabatan Fizik akan
menganjurkan Pertandingan Bowling peringkat Jabatan pada :

Tarikh   : 27 Julai 2011 (Rabu)
Masa : 8.00 malam
Tempat : The Mines, Seri Kembangan

* pendaftaran : 8.00- 8.15 malam

Yuran pendaftaran bagi setiap penyertaan adalah seba
nyak
RM 15 seorang.Hadiah menarik menanti semua peserta.
Bersama-sama ini disertakan borang pendaftaran penyertaan
untuk dilengkapkan. Borang ini perlulah dikembalikan
kepada Pn. Suzianti selewat-lewatnya pada 22 Julai 2011
(Jumaat) jam 3.00 petang.



Pelancaran Logo KWF terbaru!

Mesyuarat KWF 2/2011 yang telah diadakan pada 18 Julai 2011 (Isnin) jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Fizik yang dipengerusikan oleh Pengerusi KWF, En. Mohd. Mustafa Awang Kechik telah bersetuju dengan ini untuk menggunapakai logo terbaru KWF untuk agenda berkaitan KWF. Harap maklum

Rekacipta oleh: Timbalan Pengerusi KWF (Pn.Suriati Paiman)

Sunday, July 10, 2011

Pertandingan Bowling@The MInes, Seri Kembangan

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Jabatan Fizik akan
menganjurkan Pertandingan Bowling peringkat Jabatan pada :

Tarikh : 15 Julai 2011 ( Jumaat)
Masa : 8.00 malam
Tempat : The Mines, Seri Kembangan

* pendaftaran : 8.00- 8.15 malam

Yuran pendaftaran bagi setiap penyertaan adalah sebanyak
RM 15 seorang.Hadiah menarik menanti semua peserta.
Bersama-sama ini disertakan borang pendaftaran penyertaan
untuk dilengkapkan. Borang ini perlulah dikembalikan
kepada Pn. Suzianti selewat-lewatnya pada 13 Julai 2011
(Rabu) jam 3.00 petang.


Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pn. Suzianti
di talian 03-8946 6647.

Kerjasama dan sokongan tuan/puan amatlah diharapkan
bagi memeriahkan lagi pertandingan ini.
Add Video
Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,


NOOR LIYANA ABU BAKAR
Setiausaha Jabatan Fizik
Merangkap JK Hadiah Pertandingan Bowling Jabatan Fizik
Fakulti Sains
Universiti Putra Malaysia



Monday, June 27, 2011

SYABAS KEPADA PENERIMA APC 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa UPM akan menganjurkan Majlis Gemilang Putra 2011 yang akan diadakan pada 28 Jun 2011, jam 8.15 pagi di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM sebagai menghargai sumbangan pegawai-pegawai yang telah memberi komitmen dan perkhidmatan yang cemerlang kepada Universiti Putra Malaysia.

Warga Fizik mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada mereka agar terus memberi sumbangan dan perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada Jabatan, Fakulti seterusnya Universiti.

Friday, June 24, 2011

Berita Baik !!! RM1,000.00 untuk setiap pegawai Fakulti Sains

Salam warga Sains,

SYABAS DAN TAHNIAH...
Merujuk surat TNCPI bth. 15 Jun 2011

ALHAMDULILLAH pihak pengurusan Universiti (UPM) telah bersetuju memberikan insentif kepada Fakulti Sains yang juga berjaya mengekalkan taraf LIMA BINTANG mengikut kadar RM1,000.00 per staf (pegawai akademik dan pegawai bukan akademik)di PTJ masing-masing.

Pemberian insentif tersebut sebagai penghargaan UPM atas usaha gigih warga PTJ yang berjaya meningkatkan percapaian R&D&C di UPM.

Pemberian RM 1,000.00 tersebut akan diberikan sewaktu MAJLIS GEMILANG PUTRA pada 28 Jun 2011.

Sekali lagi, syabas dan setinggi tahniah. Nak dapat lebih lagi pada tahun hadapan,
kenalah semua warga FS kekalkan 5*.

GFS - Gemilang menuju puncak
Bersatu Memacu Kecemerlangan

Ayuh warga FS kita buktikan FS ...
sentiasa berada dalam kelas Five Stars...

PROF. DR. SIDEK AB. AZIZ
Dekan Fakulti Sains
(Dean, Faculty of Science)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia
Tel.: ++6-03-89486646; 6-03-89466601
H/P: ++6-019-3888754
Fax: ++6-03-89432508

sumber:
NOOR LIYANA ABU BAKAR
Setiausaha Jabatan Fizik
b.p Ketua Jabatan Fizik
Fakulti Sains
Universiti Putra Malaysia
T: 03 8946 6646
F: 03 8945 4454
E: liyana@science.upm.edu.my

Monday, June 20, 2011

Puan Suzianti Awandi Jong, pegawai baharu Jabatan Fizik

Jabatan Fizik mengalu-alukan kedatangan Puan Suzianti Awandi Jong sebagai kakitangan Jabatan Fizik yang baharu mulai Jun 2011. Beliau mengantikan tugas Cik Nik Kamilah yang telah menamatkan perkhidmatan beliau pada hujung Mei yang lepas. Kelab Warga Fizik mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Puan Suzianti Awandi Jong. Ahli Kelab Warga Fizik mengalu-alukan kehadiran beliau di jabatan.

Walimatulurus En.Muhamad Zamri Yahaya


Kelab warga Fizik mengucapkan tahniah kepada En.Muhamad Zamri Yahaya dan pasangannya Pn. Nor Zakiah Yahaya yang telah selamat mendirikan rumahtangga pada 6 Jun 2011. Terima kasih kepada warga Jabatan yang berkesempatan menghadiri majlis walimatulurus beliau di Alor Setar, Kedah.

Wednesday, May 18, 2011

UNDANGAN MAJLIS KESYUKURAN

Dengan segala hormatnya PROF. DR. ELIAS SAION menjemput dan mempersilakan WARGA KWF hadir ke Majlis Kesyukuran beliau
pada 23 Mei 2011 (Isnin) jam 12.30 tghari bertempat di Bilik Saintis Gemilang.
Semoga dengan kehadiran semua dapat memeriahkan lagi majlis beliau.
Terima Kasih




Tuesday, May 3, 2011

Newborn @ Fizik-30 Apr 2011

Alhamdulillah.....tepat jam 12.41am 30 April 2011, Pn. Norhaslinda Noruddin (Pegawai Sains) dan pasangan En. Mohammad Ibrahim Mohd Yussop telah selamat dikurniakan seorang putera seberat 3.78 kg di Hospital Serdang.
Insyaallah didoakan semoga putera mereka bakal mewarisi perjuangan menegakkan agama Islam dan mengibar panji-panji Islam tanpa ragu-ragu seperti impian ibu bapanya...ameen
Tahniah dari KWF
Muhammad Akif Danial Mohammad Ibrahim

Thursday, April 7, 2011

Mesyuarat Agung Dwitahunan KWF

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Warga Fizik akan mengadakan Mesyuarat Agung Dwitahunan seperti butiran di bawah;

Tarikh : 8 April 2011 (Jumaat)
Tempat : Bilik Saintis Gemilang
Masa : 10.00 pagi

Agenda:
1. Pembentangan Laporan Aktiviti 2009-2011
2. Pembentangan Penyata Kewangan 2009-2011
3. Pembubaran Ahli Jawatankuasa 2009-2011
4. Pelantikan Ahli Jawatankuasa 2011-2013
5. Ucapan Presiden KWF 2011-2013
6. Pembahasan usul
7. Ucapan penangguhan

Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat di
atas. Kerjasama semua amat diperlukan.

Sekian terima kasih



Tuesday, March 15, 2011

Seminar Jabatan Fizik-Mac 2011

SEMINAR JABATAN FIZIK
16hb Mac 2011
Bilik Kuliah 304
Jabatan Fizik
Fakulti Sains

disampaikan oleh;

DR. MAZLIANA AHMAD KAMARUDIN
Tajuk Seminar: Self-Assembled GaSb/GaAs: From Dots to Rings.

semua dijemput hadir
.

Prof. Dr. Abd Halim Shaari Pemangku KJ

Dimaklumkan kepada semua warga KWF, bermula 12 -23 Mac 2011, Prof. Dr. Abd Halim Saari akan bertindak sebagai pemangku Ketua Jabatan.
Harap maklum

Wednesday, March 9, 2011

Wednesday, February 23, 2011

Seminar Jabatan Fizik-Feb 2011

SEMINAR JABATAN FIZIK
23hb Februari 2011
Bilik Kuliah 304
Jabatan Fizik
Fakulti Sains


disampaikan oleh;

PROF. MADYA DR. ZAINAL ABIDIN TALIB
TajuK Seminar: "Transport mechanism in polycrystalline semiconductor"

Sunday, February 20, 2011

Pn. Mazlinda Zainy kini cuti belajar

Dimaklumkan bahawa Pn. Mazlinda Zainy telah mendapat tawaran cuti belajar dalam negeri (Rancangan Latihan untuk Pegawai Akademik) UPM bagi program PhD bermula pada 31 Januari 2011 hingga 30 Januari 2014. Beliau kini menyambung pelajar di Universiti Malaya dalam bidang Low Dimensional Materials.

Warga KWF mendoakan semoga beliau berjaya sepanjang sesi pembelajaran beliau dan dapat mengharumkan nama Jabatan Fizik sekaligus Fakulti Sains dengan keputusan-keputusan cemerlang. Ameen

Wednesday, February 16, 2011

Antara Warga KWF yang telah kembali berkhidmat...TAHNIAH!

Sukacita dimaklumkan seramai tiga (3) pensyarah/tutor yang telah kembali bertugas di Jabatan Fizik iaitu;


Puan Suriati Paiman
- program PhD di Australian National University.
Mula
bertugas semula pada 29 Disember 2010.




Puan Norlaily Mohd Saiden
– program PhD di University of Sheffield, United Kingdom.
Mula bertugas semula pada 4 Januari 2011.





Encik Mohd Mustafa Awang Kechik – program PhD di University of Birmingham, United Kingdom.
Mula bertugas semula pada 7 Februari 2011.





Warga KWF mengucapkan Selamat Bertugas Semula di Jabatan Fizik, Fakulti Sains!

Tuesday, February 15, 2011

Koleksi gambar sepanjang Jamuan Kesyukuran Jab. Fizik & Majlis Perpisahan En. Mohd Ibrahim Mohamad Yussop

MAJLIS PERPISAHAN EN. MOHD IBRAHIM MOHAMAD YUSSOP
13 JANUARI 2011 (KHAMIS)
12.30 TGHARI@MAS PUTRA

JAMUAN KESYUKURAN JABATAN FIZIK
3 JANUARI 2011 (ISNIN)
12.30 TGHARI@MAS PUTRA

Majlis turut memberi sumbangan kepada En. Mohd Shah Ibrahim atas pemergian Ayahda tercinta kerahmatullah juga sumbangan kepada En. Mohd Hairi Maat sempena Majlis Walimatulurus beliau.

Sunday, January 9, 2011

Perpindahan En. Mohd Ibrahim ke Pejabat Dekan

Untuk makluman warga KWF, bermula 14 Januari 2011 En. Mohd Ibrahim Mohamad Yussop (Pembantu Am Pejabat) akan mula bertugas di Pejabat Dekan, Fakulti Sains. Beliau telah bersama Jabatan Fizik bermula Ogos 2009 sehingga 13hb Januari 2011. Pelbagai aktiviti samada sosial mahupun kebajikan, sentiasa mendapat kerjasama dari beliau bagi memantapkan juga menaikkan prestasi jabatan. Perpindahan beliau adalah satu kehilangan buat jabatan dan KWF. Semoga berjaya diucapkan buat beliau.

Diharapkan semoga beliau dapat meningkatkan lagi prestasi kerja beliau di Pejabat Dekan disamping merealisasikan misi dan visi Fakulti dan seterusnya Universiti.

KELAB WARGA FIZIK