Friday, July 30, 2010

PENGHARGAAN TERIMA KASIH DAN TAHNIAH

Penghargaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua JK Pelaksana Majlis Jasamu Dikenang IX (MJDK) & Mantai Ramadhan 2010/1431H yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut yang telah diadakan pada 30 Julai 2010 (Jumaat) bertempat Bilik Saintis Gemilang, Fakulti Sains.

Jasa anda amat dihargai

KAMSIAH ALIAS
Penolong Pegawai Sains
merangkap
Pengarah MJDK IX dan Mantai Ramadhan 2010/1431H
Jabatan Fizik
Fakulti Sains

Wednesday, July 28, 2010

JABATAN FIZIK ENGGAN TEWAS!

Satu perlawanan persahabatan di antara Jabatan Fizik menentang Pejabat Dekan, Fakulti Sains yang telah diadakan semalam (28 Julai 2010) bertempat di Gelanggang badminton Stadium UPM telah menyaksikan kemenangan masih berpihak kepada Jabatan Fizik.
Pertandingan telah berlangsung dengan begitu sengit dengan menyaksikan mata kemenangan di perolehi daripada perlawanan terakhir. Jabatan Fizik memenangi perlawanan dengan keputusan 3 berbalas 2.
Syabas sekali lagih kepada jaguh-jaguh Jabatan Fizik. Teruskan kemenangan dan semangat sepasukan untuk perlawanan yang akan datang.


TAHNIAH JABATAN FIZIK!! GO FIZIK GO!


Friday, July 23, 2010

RALAT MJDK IX & MANTAI RAMADHAN 2010/1431H


Adalah dimaklumkan terdapat ralat pada tarikh MJDK IX & MANTAI RAMADHAN 2010/1431H yang bertarikh
10 OGOS 2010 (SELASA).
Tarikh sebenar majlis diatas adalah pada 30 JULAI 2010 (JUMAAT). Ini berlaku kerana terdapat kekangan yang tidak dapat dielakkan.
Semua Warga KWF dijemput hadir beramai-ramai ke majlis diatas.
HARAP MAKLUM



Thursday, July 22, 2010

JABATAN FIZIK JUARA BADMINTON!

Perlawanan persahabatan sukan badminton antara Jabatan Fizik, Fakulti Sains, UPM dengan Pusat Kesihatan Universiti,UPM telah mencatatkan sejarah semalam apabila Jabatan Fizik telah mengungguli perlawanan dengan kemenangan 3 berbalas 2.

Perlawanan yang berlangsung pada 22 Julai 2010 (Khamis) bermula jam 8.00 malam menyaksikan pertempuran sengit antara kedua-dua pasukan. Pelbagai aksi mendebarkan sepanjang masa permainan berlangsung. Hasil daripada aksi-aksi menarik jaguh Jabatan Fizik, dan kerjasama sepasukan yang tinggi telah membuktikan bahawa kemenangan milik kami.

Walaupun pihak lawan menurunkan pemain handalan dan muda namun pasukan kami yang menurunkan pemain jauh lebih berusia masih mampu menepis tentangan mereka. Syabas diucapkan kepada semua pemain handalan pasukan JABATAN FIZIK! Terima kasih juga kepada pengurus dan semua penyokong yang begitu komited membantu memberi semangat kepada pasukan kami.
SYABAS dan TAHNIAH kepada semua pemain. FIZIK JUARA LAGIH!!

Wednesday, July 21, 2010

MAJLIS JASAMU DIKENANG IX dan MANTAI RAMADHAN 2010/1431H

Tuan/puan,
Warga KWF dijemput hadir beramai-ramai ke Majlis Jasamu Dikenang IX dan Mantai Ramadhan 2010/1431H pada;

TARIKH: 10 OGOS 2010 (SELASA)
MASA: 10.00 PAGI
TEMPAT: BILIK SAINTIS GEMILANG,
FAKULTI SAINS.

Majlis diadakan bersempena menghargai jasa-jasa dan pengorbanan mereka yang telah berkhidmat dengan Jabatan Fizik dan Fakulti Sains secara khasnya malah Universiti Putra Malaysia secara amnya.

Antara pegawai-pegawai yang akan diraikan pada hari tersebut termasuklah;
PROF. DR. KAIDA KHALID
PROF. DR. MOHD MAAROF H.A MOKSIN
PN. NORAINI MAT YASIN
EN. FAISFADLY SABARUDDIN
CIK NORMALIZA MAT
EN. MOHAMAD AIDIL ISHARUDIN

Perancangan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut juga adalah persembahan multimedia, ucapan dari pegawai yang dirai, penyerahan cenderamata kepada pegawai dirai dan sambutan hari kelahiran pegawai yang lahir pada bulan Mei hingga Ogos.

Semoga majlis yang bakal kita raikan mendapat keberkatan dan kemudahan dari Allah s.w.t
AMEEN

dari;
KAMSIAH ALIAS
PENOLONG PEGAWAI SAINS
merangkap
PENGARAH MAJLIS JASAMU DIKENANG IX dan MANTAI RAMADHAN 2010/1431H
JABATAN FIZIK
FAKULTI SAINS

Pertandingan Persahabatan Badminton antara Jab. Fizik, Fakulti Sains dengan Pusat Kesihatan Universiti, UPM

Satu pertandingan persahabatan sukan badminton akan dijalankan di antara Jabatan Fizik, Fakulti Sains dengan Pusat Kesihatan Universiti, UPM. Pertandingan akan berlangsung pada;

TARIKH : 22 Julai 2010 (Khamis)
MASA : 8.00 malam
TEMPAT : Gelanggang Badminton, Stadium UPM

Antara jaguh-jaguh Jabatan Fizik;

PROF. DR. ABD. HALIM SHAARI
PROF. MADYA DR. ZAIDAN AB. WAHAB
EN. SHAHARUDDIN ABD. RAHMAN
EN. AZRIL TAJUDIN
dan ramai lagih…

* Marilah beramai-ramai memeriahkan suasana. Pertandingan dijangka sengit dengan pelbagai aksi menarik!

Monday, July 19, 2010

Penerima Anugerah MAJLIS GEMILANG PUTRA 2010

Pada 15 Julai 2010 Majlis Gemilang Putra 2010 telah diadakan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM bagi meraikan penerima-penerima Anugerah mengikut pelbagai kategori untuk tahun 2009 seperti Anugerah Fellowship Naib Canselor, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Jasa Putra, Anugerah Setia Putra dan Anugerah Bakti Putra. Jabatan Fizik dan KWF mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima-penerima Anugerah tersebut.

Penerima Anugerah Jasa Putra
Prof. Dr. Kaida Khalid
Prof. Dr. Mohd Maarof H.A. Mokhsin

Penerima Anugerah Setia Putra
Prof. Dr. Sidek Hj. Ab. Aziz

Penerima Anugerah Bakti Putra
Prof. Dr. Mohd Maarof H.A. Mokhsin

Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang
Prof. Dr. W. Mahmood Mat Yunus
Prof. Madya Dr. Wan Mohamad Daud Wan Yusoff
Dr. Chen Soo Kien
Dr. Khamirul Amin Matori
Pn. Kamsiah Alias
Pn. Mariah Hj. Ahmad
En. Rahman Arkimin

TAHNIAH PROF. DR. ABDUL HALIM SHAARI!


Penerima Anugerah Felowship Naib Canselor (Cemerlang Dalam Penyelidikan)

Tuesday, July 13, 2010

HARI PENERANGAN PELAJAR JAB. FIZIK SEM PERTAMA SESI 2010/2011

Seramai 164 orang pelajar telah diterima masuk ke Jabatan Fizik dalam bidang pengajian masing-masing. Satu Majlis Hari Penerangan Pelajar peringkat Jabatan Fizik Semester Pertama 2010/2011 telah diadakan pada 8 Julai 2010.
Antara tentatif yang dijalankan sepanjang majlis tersebut adalah seperti berikut;
8.50 pg: Kata-kata Aluan Ketua Jabatan Fizik,
Prof. Dr. Mohd Maarof H.A Moksin
9.10 pg: Pengenalan kepada Jabatan Fizik (power-point) serta memperkenalkan Penasihat Akademik (PA) Jabatan Fizik
9.30 pg: Taklimat Ketua Penasihat Akademik mengenai Sistem Penasihatan Akademik dan Pendaftaran smp oleh Prof. Madya Dr. Jumiah Hassan
11.00 pg: Kata-kata Aluan Pengerusi Kelab Fizik, En. Azhari Adnan
11.15 pg: Bersama Prof. Jabatan Fizik, Prof. Dr. Wan Mahmood Mat Yunus
2.00 ptg: Pendaftaran kursus

Jabatan Fizik mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan sekalung tahniah kepada semua warga KWF, terutamanya kepada semua penasihat akademik, Ahli Jawatankuasa Hari Penerangan peringkat Jabatan Fizik Sesi 2010/2011, serta semua yang terlibat sama adasecara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Hari Penerangan Jabatan pada 8 Julai 2010 yang lalu.

Kepada pelajar baharu selamat maju jaya dan kepada pelajar lama, diucapkan Selamat Kembali ke Fakulti Sains untuk meneruskan perjuangan anda dengan semangat yang lebih berkobar-kobar.

Monday, July 12, 2010

SELAMAT DATANG PEGAWAI BARU KE JABATAN FIZIK

Kelab Warga Fizik mendapat lagi ahli baru apabila En. Mohd Azril Tajudin dan Cik Nik Kamilah Nik Ahmad melapor diri untuk bertugas di Jabatan Fizik.

Cik Nik Kamilah Nik Ahmad
Pembantu Tadbir N17 (P/O)-Sambilan
Lapor diri pada 6 Julai 2010
Kolej Islam Antarabangsa
Bertugas di Pejabat Am Fizik

En. Mohd Azril Tajudin
Juruteknik Komputer FT17-Sambilan
Lapor diri pada 2 Julai 2010
Kolej Komuniti Segamat
Bertugas di Makmal Komputer Jabatan Fizik

KWF mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada mereka.

CIK NORMALIZA MAT....dalam kenangan

Jabatan Fizik sekali lagi berasa terharu dengan perpindahan Cik Normaliza Mat yang mana sebelum ini beliau telah berkhidmat hampir 3 tahun di Jabatan Fizik sebagai Pembantu Tadbir (P/O) berstatus kontrak. Perletakan jawatan beliau berkuatkuasa pada 7 Julai 2010. Beliau telah diterima berkhidmat sebagai Jurutera di Kementerian Kerja Raya (KKR) Kuala Lumpur. Sedikit kejutan jamuan perpisahan telah diadakan oleh warga KWF.


BoldMENU
MAKARONI BAKAR -home made oleh Nik Afida Anis
BEEHOON SUP-serdang club
KEK CHOC with CHEESE-sponsor oleh Dr. Khamirul Amin Matori (Pengerusi KWF)
Neslo ice


Warga KWF mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sumbangan dan sokongan beliau dalam menjayakan semua aktiviti jabatan. Sesungguhnya pergimu tiada galang gantinya.
SeMOgA SUkSeS SokMO!!

Lawatan Ke Hospital Serdang-En.Zamri Yahaya

En. Muhamad Zamri Yahaya (Pegawai Sains-C41) Jabatan Fizik telah di masukkan ke Hospital Serdang pada 7 April 2010. Beliau telah disahkan menghidap penyakit Demam Denggi. Oleh yang demikian satu lawatan oleh warga KWF ke Hospital Serdang. Ini adalah kerana warga KWF penuh dengan sifat keprihatinan dan ambil berat terhadap rakan seperjuangan.

Kami membawa bersama sup ketam yang telah dimasak sendiri oleh warga KWF .
Kehadiran rakan-rakan telah disambut dengan senyuman dan kegembiraan yang jelas terukir. Diharap dengan kedatangan rakan-rakan dapat memberi semangat untuk beliau terus berjuang dalam mengharungi penyakit demam denggi tersebut. Warga KWF mendoakan semoga beliau lekas sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Sunday, July 11, 2010

Selamat Bersara......


Jabataan Fizik mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung tahniah kepada Prof. Dr. Kaida Khalid di atas sumbangan dan sokongan beliau dalam pengembangan Jabatan amnya dan fakulti khasnya. Jasa dan sumbangan beliau dalam membangunkan jabatan amat membanggakan warga jabatan. Beliau telah bersara mulai 8 Julai 2010. Selamat bersara buat beliau.
KELAB WARGA FIZIK