Wednesday, December 29, 2010

Pegawai Popular Jabatan

Dimaklumkan bahawa dua orang warga KWF telah dinobatkan sebagai Pegawai Sokongan dan Akademik Popular Jabatan Fizik 2010 pada Majlis Konvensyen Fakulti Sains 2010 yang telah berlangsung pada 28 Disember 2010 dan bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan dan Sains, UPM.

Pegawai Akademik Popular 2010
Prof. Dr. Abd. Halim Shaari
.








Pegawai Sokongan Popular 2010
En. Mohd Ibrahim Mohamad Yussop.










Warga KWF mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas buat kedua mereka.
TAHNIAH!

Sunday, December 26, 2010

Pn. Nik Afida Anis rangkul Anugerah Pengurusan Makmal 2010

TAHNIAH!
Warga KWF mengucapkan jutaan tahniah di atas kemenangan
Pn. Nik Afida Anis Azahari
kerana telah berjaya merangkul
Anugerah Pengurusan Makmal 2010
pada Malam Gemilang Sains, Fakulti Sains 2010. Kemenangan ini begitu membanggakan semua pegawai di Jabatan Fizik seterusnya warga Fakulti Sains. Semoga dengan kejayaan ini dapat menjadi pendorong dan semangat untuk semua pegawai makmal.

Wednesday, December 22, 2010

Malam Gemilang Sains 2010, Fakulti Sains

Tanggal 22 Disember 2010 jam 7.30 mlm-11.30 mlm telah berlangsung satu acara paling berprestij tahun 2010. Acara Malam Gemilang Sains 2010 telah diadakan di Dewan D, Malaysia Agro Exposotion Park, Serdang (MAEPS). Suasana begitu gamat dan gemilang dengan kebanyakan warga Fakulti yang datang dengan berpakaian merah dan hitam.
Semua pegawai di dalam dewan tersebut juga begitu terpesona dengan keunikan tarian dan nyanyian yang dibawa oleh penari-penari dari Kumpulan Kesenian, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan di tambah oleh celoteh yang membuat semua pegawai tidak kering gusi oleh semua MC pada malam tersebut. Majlis turut diselang-selikan dengan cabutan bertuah.

Semua Jawatankuasa Pelaksana yang diterajui oleh Jabatan Fizik dan Pejabat Dekan begitu bersungguh-sungguh bagi memastikan
acara pada malam tersebut berjalan lancar bagai dirancang.
KWF mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon dan pemenang bagi kesemua Anugerah pada malam tersebut.

Aktiviti sukaneka sempena Bulan Inovasi 2010

Warga KWF telah menunjukkan prestasi yang terbaik dalam semua acara sukaneka sempena Bulan Inovasi 2010 yang telah berlangsung pada 21 Disember 2010, bertempat di padang ragbi A, UPM yang lalu. Semangat tak berbelah bagi telah ditunjukkan oleh semua warga KWF (pegawai akademik & sokongan).Kerjasama antara warga jelas kelihatan ketika bersama-sama menjayakan semua aktiviti sukaneka. Antara sukaneka yang telah dijalankan seperti timbang bola badminton bergilir-gilir, bola inovasi, belon berlari, cair beku dan pertandingan daya tarikan.
Semoga warga KWF dapat menunjukkan aksi yang lebih menarik pada pertandingan yang bakal dijalankan tahun hadapan.

En. Zainudin Yunus kini Pembantu Makmal C22

Kelab Warga Fizik mengucapkan tahniah kepada En. Zainudin Yunus di atas kenaikan pangkat beliau ke Pembantu Makmal C22 bermula 1 Ogos 2010. Semoga kita semua bersama-sama memberi sokongan dan membantu beliau dalam merealisasikan misi dan visi UPM. TAHNIAH!

Thursday, December 16, 2010

Takziah buat En.Shah & keluarga

Untuk makluman warga KWF,
Ayahda kepada En. Mohd Shah Ibrahim, telah kembali ke rahmatullah pada malam semalam (16 Dis 2010) dan dikebumikan di Sungai Buluh.
Pada sesiapa warga KWF yang berkesempatan untuk menziarahi jenazah, bolehlah berbuat demikian. Marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga roh ayahda beliau berada dikalangan orang-orang yang beriman. Ameen

Wednesday, December 15, 2010

Sekalung Tahniah buat En. Zain.


Sukacita dimaklumkan bahawa En. Mohd Zain Mohd Yusof telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pegawai Sains Gred 32 mulai 1 Ogos 2010. Warga KWF mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan setinggi tahniah kepada beliau dan berharap beliau akan memberi sumbangan yang lebih cemerlang di masa hadapan dalam kerangka merealisasikan visi dan misi Universiti demi kepentingan kemajuan UPM khasnya.

Sunday, December 12, 2010

.:::SELAMAT PENGANTIN BARU:::.

Ucapan Selamat Pengantin Baru buat kedua-dua mempelai En. Mohd Hairi Maat dan pasangan Pn. Hajera Tahir yang telah selamat diijabkabulkan pada 25 November 2010 yang lalu. Majlis resepsi telah berlangsung pada 27 November 2010 (pengantin perempuan) dan 11 Disember 2010 (pengantin lelaki).

Moga berbahagia dan kekal ke akhir hayat...Semoga Masjid yang dibina mendapat keberkatan dan Keredhaan dariNYA..insya'ALLAH

KELAB WARGA FIZIK