Wednesday, June 27, 2012

3 Warga KWF Terima Anugerah Cemerlang UPM

Seramai 3 orang pegawai Jabatan Fizik diberi pengiktirafan anugerah perkhidmatan cemerlang UPM 2011 pada Majlis Gemilang Putra UPM 2012 yang berlangsung di Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah (PKKSAAS) pada 26 Jun 2012.
 
Mereka terdiri daripada pegawai akademik, pegawai P&P dan pegawai pelaksana yang memperolehi markah nilaian prestasi Sistem Saraan Malaysia (SSM) 90% dan keatas dalam tahun 2011.

Anugerah dan sijil penghargaan di sampaikan oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi.

Semoga kecemerlangan mereka menjadi ikutan buat semua pegawai. Bukan kejayaan dan pengiktiran dunia sahaja yang kita perlukan, lebih bermakna ianya boleh membawa kita ke syurga Firdaus..Ameen

Senarai Penerima Anugerah Cemerlang Fakulti Sains


Prof. Madya Dr. Jumiah Hassan


Pn. Norhaslinda Noruddin


Cik Nor Liyana Abu Bakar





Tuesday, June 26, 2012

Kelahiran terbaru di Fizik

Dimaklumkan bahawa isteri kepada Dr. Lim Kean Pah telah selamat melahirkan bayi perempuan ke-2 mereka seberat 3.2kg pada pagi, 26/06/2012.

Sekian, terima kasih.

-liyana-

Sunday, June 24, 2012

Pertandingan Bowling Jabatan Fizik 2012



Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa KWF & Jabatan Fizik akan menganjurkan
PERTANDINGAN BOWLING JABATAN FIZIK 2012 pada :

Tarikh : 10 JULAI 2012 (SELASA)
Masa   : 8.00 MALAM
Tempat : MINES BOWL, THE MINES SHOPPING MALL, SERI KEMBANGAN

* pendaftaran : 8.00- 8.15 malam

Yuran pendaftaran bagi setiap penyertaan adalah sebanyak RM 20 SEORANG.
Terbuka untuk semua STAF & AHLI KELUARGA. Bersama-sama ini disertakan borang
pendaftaran penyertaan untuk dilengkapkan.  Yuran dan borang ini perlulah
dikembalikan kepada PN. SUZIANTI EWANDI JONG selewat-lewatnya pada 2 JULAI 2012 (ISNIN)

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pn. Suzianti di talian 03-8946 6647.

Kerjasama dan sokongan tuan/puan amatlah diharapkan bagi memeriahkan lagi
pertandingan ini.

Sekian, terima kasih.

Thursday, June 21, 2012

Dr. Josephine kini pensyarah Kanan..Tahniah!


Jabatan Fizik merakamkan ucapan tahniah kepada Dr. Josephine Liew Ying Chyi, Jabatan Fizik yang telah menjawat jawatan sebagai pensyarah kanan DS51. Warga KWF mengucapkan tahniah di atas kejayaan beliau dan berharap akan memberi sumbangan yang cemerlang lagi di masa hadapan dalam kerangka merealisasikan visi dan misi Universiti Putra Malaysia
KELAB WARGA FIZIK