Saturday, December 29, 2012

BJF2012 mengerat ukhuwah warga KWF

Tanggal 27 Dec 2012 (Khamis) yang lepas, satu program Bowling Jabatan Fizik 2012 telah diatur oleh KWF dan dipengerusikan oleh Dr. Yap Wing Fen dan jawatankuasa yang dilantik. Program bermula seawal jam 8.00 malam di Mines Bowl, The Mines Shopping Mall, Seri Kembangan.

Pertandingan kali ini telah disertai hampir 30 peserta termasuk pasangan dan anak-anak warga KWF. Peserta telah dibahagi kepada kumpulan-kumpulan kecil dan terdapat sebanyak 7 kumpulan diwujudkan termasuk kumpulan kanak-kanak. Dipercayai penyertaan tahun ini adalah penyertaan teramai berbanding penyertaan pada tahun-tahun yang lepas.

Kumpulan-kumpulan telah bersaing dengan hebat sekali. Mata terkumpul antara kumpulan berbeza hanya beberapa mata sahaja. Ahli kumpulan begitu komited bermain untuk mendapatkan mata tertinggi untuk mendapatkan kumpulan terbaik pada malam tersebut.


Pertandingan ini telah mendapat sokongan Y.Bhg Dekan sendiri kerana beliau sudi menghadirkan diri pada malam tersebut walaupun mempunyai jadual yang padat. Ucapan terima juga diucapkan kepada ke semua peserta dan keluarga yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis. Semoga majlis-majlis ukhuwah seperti ini dapat dijalankan pada tahun-tahun yang lepas. Berjumpa kembali pada tahun baharu 2013!


Tuesday, December 4, 2012

Monday, December 3, 2012

Selamat penganti Baru

Seluruh warga KWF mengucapkan Selamat Pengantin Baru  kepada Puan Noor Liyana Abu Bakar dan pasangan tanggal 1 Disember 2012 yang lalu di kampung halaman beliau di Pulau Pinang. Semoga ikatan yang dibina mendapat keberkatan dan keredhaan dari-Nya..Ameen 


Wednesday, October 31, 2012

CERAMAH DAN JAMUAN KESYUKURAN

Untuk makluman, Kelab Warga Fizik akan mengadakan ceramah pasca Aidil Adha yang bertajuk “Rohingya dan Pengorbanan” daripada Sdr. Adli Zakuan Bin Zaira, iaitu penceramah jemputan dari Koordinator Projek Rohingya, Global Peace Mission Malaysia.


Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh: 1 November 2012 (Khamis)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Bilik 304, Jabatan Fizik, Fakulti Sains, UPM


Alhamdulillah, Jamuan Kesyukuran ini ditaja oleh Dr. Nurul Huda Osman (Moga Allah Murahkan rezeki) dan semua warga fizik dijemput hadir dan bersama-sama memeriahkan majlis. Semoga kita sama-sama dapat menimba sesuatu dari majlis tersebut.



Tuesday, October 23, 2012

Kenaikan Pangkat...Tahniah!


Sukacita dimaklumkan bahawa Prof. Madya Dr. Halimah binti Mohamed Kamari telahpun dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Madya Gred DS54 berkuatkuasa 1 Oktober 2012. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan dari Warga Kelab Fizik  atas kenaikan pangkat beliau.

Monday, October 15, 2012

Seruan Haji : Dr. Raba’ah Syahidah Azis

Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Raba’ah Syahidah Azis dan suami sedang menunaikan fardhu haji bermula 14 Oktober 2012 sehingga 22 November 2012. Bagi pihak warga KWF ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menunaikan fardhu haji dan semoga mendapat haji yang mabrur. Ameen2x Ya Rab

Thursday, October 4, 2012

Tahniah!

Kelab Warga Fizik merakamkan ucapan tahniah kepada Dr. Nor Kamilah Saat, Jabatan Fizik yang telah menjawat jawatan sebagai pensyarah kanan DS51 berkuat kuasa pada 2  Oktober 2012 yang lepas. Jabatan Fizik dan KWF ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan beliau dan berharap akan beliau dapat memberikan sumbangan yang cemerlang lagi di masa hadapan dalam kerangka merealisasikan visi  dan misi Universiti Putra Malaysia.

Tuesday, September 11, 2012

Jamuan Kesyukuran & Sambutan Hari Raya 2012


Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Kepada semua Warga KWF,

Kelab Warga Fizik menjemput semua warga Jabatan Fizik ke Majlis Jamuan Kesyukuran & Sambutan Hari Raya 2012 yang akan berlangsung pada 14 September 2012 (Jumaat) jam 2.45 petang-4.30 petang.

Diharapkan semua warga dapat beramai-ramai menghadirkan diri di Bilik Saintis Gemilang.
Objektif salah satu acara tahunan ini adalah untuk menyatukan semua warga Jabatan disamping mengeratkan silaturrahim antara pegawai Akademik dan Sokongan.
Oleh itu, kehadiran semua adalah dialu-alukan.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan majlis tersebut

Terima kasih.

--

KAMSIAH ALIAS
JK Publisiti
Majlis Jamuan Kesyukuran & Sambutan Hari Raya 2012
Jabatan Fizik

Friday, September 7, 2012

Tahniah diatas kenaikan pangkat..



Kelab Warga Fizik merakamkan ucapan tahniah kepada Dr. Che Azurahanim Che Abdullah, pensyarah Jabatan Fizik yang telah menjawat jawatan sebagai pensyarah kanan DS51 yang telah melapor diri pada 10 September 2012. Fakulti mengucapkan tahniah di atas kejayaan beliau dan berharap akan beliau dapat memberikan sumbangan yang cemerlang lagi di masa hadapan dalam kerangka merealisasikan visi dan misi Universiti Putra Malaysia.

Sunday, September 2, 2012

Kembali ke Rahmatullah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dukacita dimaklumkan bahawa En. Baharuddin Ibrahim (pembantu makmal Jabatan Fizik) dan juga suami kepada Puan Fauziah Omar telah kembali ke Rahmatullah pada 1 September 2012  jam 1:30 tengahari. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham, Al-Fatihah. Semoga roh Allahyarham di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Ameen. Salam takziah dari kami KELAB WARGA FIZIK (KWF), semoga seluruh ahli keluarga Puan Fauziah tabah menghadapi dugaan ini.


Suriati Paiman
Timb. Presiden KWF

Monday, August 13, 2012

Selamat Hari Raya...Maaf Zahir & Batin

Masa beraya sudahpun tiba,
Gembira bersama sanak saudara,
Makanan terhidang, banyaknya tak terkata,
Hati senang, diet pun entah ke mana.

Makanlah rendang, makanlah ketupat,
Makan tak henti, penuh sehari,
Perut dah besar, apalah sangat
Yang paling penting, kita senang hati.

Mari cik adik, mari cik abang,
Berhari raya bersama kami,
Sahabat handai ramai yang datang,
Meraikan hari raya yang mulia ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri!

 SALAM LEBARAN BUAT SEMUA DARI KAMI AHLI KELAB WARGA FIZIK (KWF). BERHATI-HATI DI JALAN RAYA. INGATLAH ORANG TERSAYANG. :)

Thursday, July 26, 2012

Fizik 360@ Ramadhan 1433H

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semoga bulan Ramadan kali ini membawa lebih keberkatan kepada kita semua dari tahun-tahun yang lalu.

Kelab Warga Fizik akan menganjurkan Fizik 360@Ramadan 1433H yang akan menyajikan perkongsian ilmu dan maklumat buat kita semua.

Bagi tuan/puan yang berkelapangan waktu dijemput sama-sama ke Program tersebut seperti dilampiran.
Sekian, terima kasih.


MM Awang Kechik
Kelab Warga Fizik

Monday, July 23, 2012

Tahniah Tuan Dekan


Sekalung tahniah dari warga KWF buat Tuan Dekan, Y.Bhg Prof. Dr. Zainal Abidin Talib di atas kenaikan pangkat beliau, berkuatkuasa 1 Ogos 2012.

Semoga fakulti dan jabatan akan bertambah maju ke hadapan atas sokongan dan pentadbiran beliau.  

Salam Ramadhan 1433 H/2012 M


Salam Ramadhan 1433 H/2012 M buat semua muslimin & muslimat dari kami ahli Kelab Warga Fizik. Semoga kita semua di beri kesabaran dan ketabahan menjalaninya dan semoga fitrah di dalam hati kita semakin suci putih.

Monday, July 16, 2012

Tahniah Dr. Yap


Fakulti Sains dan Kelab Warga Fizik merakamkan ucapan tahniah kepada Dr. Yap Wing Fen, Jabatan Fizik yang telah menjawat jawatan sebagai pensyarah kanan DS51. Ucapan tahniah di atas kejayaan beliau dan berharap beliau dapat memberi sumbangan yang cemerlang lagi di masa hadapan dalam kerangka merealisasikan visi dan misi Universiti Putra Malaysia

Friday, July 6, 2012

Dr. Suriati Paiman Pensyarah Kanan Jab. Fizik

Kelab Warga Fizik ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Dr. Suriati Paiman, pensyarah Jabatan Fizik di atas kenaikan pangkat beliau sebagai Pensyarah Kanan DS52 mulai 1 Julai 2012. Fakulti mengucapkan tahniah di atas kenaikan pangkat beliau dan berharap beliau akan memberi sumbangan yang cemerlang lagi di masa hadapan dalam kerangka merealisasikan visi dan misi Universiti Putra Malaysia.

Wednesday, June 27, 2012

3 Warga KWF Terima Anugerah Cemerlang UPM

Seramai 3 orang pegawai Jabatan Fizik diberi pengiktirafan anugerah perkhidmatan cemerlang UPM 2011 pada Majlis Gemilang Putra UPM 2012 yang berlangsung di Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah (PKKSAAS) pada 26 Jun 2012.
 
Mereka terdiri daripada pegawai akademik, pegawai P&P dan pegawai pelaksana yang memperolehi markah nilaian prestasi Sistem Saraan Malaysia (SSM) 90% dan keatas dalam tahun 2011.

Anugerah dan sijil penghargaan di sampaikan oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi.

Semoga kecemerlangan mereka menjadi ikutan buat semua pegawai. Bukan kejayaan dan pengiktiran dunia sahaja yang kita perlukan, lebih bermakna ianya boleh membawa kita ke syurga Firdaus..Ameen

Senarai Penerima Anugerah Cemerlang Fakulti Sains


Prof. Madya Dr. Jumiah Hassan


Pn. Norhaslinda Noruddin


Cik Nor Liyana Abu Bakar





Tuesday, June 26, 2012

Kelahiran terbaru di Fizik

Dimaklumkan bahawa isteri kepada Dr. Lim Kean Pah telah selamat melahirkan bayi perempuan ke-2 mereka seberat 3.2kg pada pagi, 26/06/2012.

Sekian, terima kasih.

-liyana-

Sunday, June 24, 2012

Pertandingan Bowling Jabatan Fizik 2012



Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa KWF & Jabatan Fizik akan menganjurkan
PERTANDINGAN BOWLING JABATAN FIZIK 2012 pada :

Tarikh : 10 JULAI 2012 (SELASA)
Masa   : 8.00 MALAM
Tempat : MINES BOWL, THE MINES SHOPPING MALL, SERI KEMBANGAN

* pendaftaran : 8.00- 8.15 malam

Yuran pendaftaran bagi setiap penyertaan adalah sebanyak RM 20 SEORANG.
Terbuka untuk semua STAF & AHLI KELUARGA. Bersama-sama ini disertakan borang
pendaftaran penyertaan untuk dilengkapkan.  Yuran dan borang ini perlulah
dikembalikan kepada PN. SUZIANTI EWANDI JONG selewat-lewatnya pada 2 JULAI 2012 (ISNIN)

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pn. Suzianti di talian 03-8946 6647.

Kerjasama dan sokongan tuan/puan amatlah diharapkan bagi memeriahkan lagi
pertandingan ini.

Sekian, terima kasih.

Thursday, June 21, 2012

Dr. Josephine kini pensyarah Kanan..Tahniah!


Jabatan Fizik merakamkan ucapan tahniah kepada Dr. Josephine Liew Ying Chyi, Jabatan Fizik yang telah menjawat jawatan sebagai pensyarah kanan DS51. Warga KWF mengucapkan tahniah di atas kejayaan beliau dan berharap akan memberi sumbangan yang cemerlang lagi di masa hadapan dalam kerangka merealisasikan visi dan misi Universiti Putra Malaysia

Wednesday, April 4, 2012

Tahniah buat kalian

Alhamdulillah dan sekalung tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga pegawai Jabatan Fizik merangkap ahli KWF dan pasangan serta keluarga mereka atas kelahiran dan kehadiran putera-putera dan juga puteri baharu mereka.



Putera Pn. Nik Afida Anis Azahari telah selamat dilahirkan pada 21 Januari 2012 (Sabtu) di Hospital An-Nur, Bangi. Putera beliau diberi nama ADAM AZROF a.k.a MUHAMMAD AZROF. Putera beliau seberat 3.2 kg telah dilahirkan secara normal





 




Puteri Pn. Suzianti Ewandi Jong pula telah selamat dilahirkan pada 12 Februari 2012 (Ahad) jam 6.54 petang di Hospital Serdang. Puteri beliau diberi nama Nur Damia Amani. Berat Damia ketika dilahirkan adalah 2.7kg dan telah dilahirkan secara normal dan tiada sebarang komplikasi


 






Putera kedua Dr. Norlaily Mohd Saieden, Hafiy Naqeeb b. Hasri telah selamat dilahirkan pada tarikh 28 Mac 2012 (Rabu) di Hospital Serdang. Bayi seberat 3.7kg selamat dilahirkan secara normal setelah di'induced' untuk mempercepatkan kelahiran. Al-hadmulillah ibu dan bayi sihat.





 

Semoga dengan kehadiran semua bayi-bayi comel ini, akan dapat menambahkan kegembiraan dan kesejahteraan mereka sekeluarga. Kami warga KWF mendoakan semoga putera dan puteri mereka membesar menjadi putera dan puteri solehah dan sentiasa mendoakan ibu bapa mereka. Ameen

Wednesday, February 8, 2012

Kami mendoakan yang TERBAIK

Rakan-rakan seFakulti sekelian,

Saya ingin memaklumkan bahawa Prof. Dr. Mohd Maarof Moksin sekarang ini berada di Hospital KPJ Seremban. Doktor telah mengesahkan bahawa beliau mengidap kanser paru-paru tahap 2. Di sini saya memanjangkan hasrat beliau kepada semua ahli Fakulti untuk memaafkan semua kesalahan beliau tanpa kecuali.
Marilah kita berdoa agar Allah permudahkan segala urusan untuk kesihatan beliau kembali sembuh sepenuhnya.

info:-
ASSOC. PROF DR. ZAINAL ABIDIN TALIB
KELAB WARGA FIZIK