Friday, September 24, 2010

PERSIAPAN MENJELANG MAJLIS RAYA JABATAN

Pelbagai aktiviti gotong royong membuat alatan persiapan memasak telah dilakukan oleh warga jabatan sempena Sambutan Majlis Hari Raya Jabatan Fizik bersama keluarga 2010 yang bakal berlangsung pada 02 Oktober 2010 (Sabtu) jam 8.00 malam bertempat di DKS. Warga KWF begitu tekun dan bersemangat menyiapkan peralatan tersebut. Anda boleh menyaksikan aksi-aksi tersebut di dalam gambar di bawah.

MARI SAKSIKAN!

Thursday, September 23, 2010

2 ORANG WARGA KWF DIMASUKKAN KE HOSPITAL

Adalah dimaklumkan bahawa seramai 2 orang pegawai di Jabatan Fizik telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini iaitu Prof. Madya Dr. Hishamuddin Zainuddin dan En. Baharuddin Ibrahim. Jabatan telah dimaklumkan berkenaan perkara tersebut pada awal minggu ini.

Prof. Madya Dr. Hishamuddin Zainuddin telah dimasukkan ke Hospital KPJ Seremban kerana mengalami masalah komplikasi tulang belakang.

Manakala En. Baharuddin Ibrahim pula berada di Hospital Serdang (Wad 7E katil 21). Seperti yang dimaklumkan, En. Baharuddin Ibrahim telah mengalami kesukaran bernafas dan komposisi gula dan garam yang rendah.

Marilah kita bersama-sama mendoakan kesihatan dan kesejahteraan mereka semakin baik dan dapat meneruskan kerjaya seperti biasa.

GANJARAN MENZIARAHI PESAKIT
Sesiapa yang menziarahi seorang pesakit di waktu pagi, nescaya 70,000 malaikat akanberselawat ke atasnya sehinggalah ke petang. Jika pada waktu petang, nescaya 70,000 malaikat akan berselawat ke atasnya hingga ke waktu pagi. - HR Ahmad

Monday, September 6, 2010

SEKALUNG TAHNIAH BUAT WARGA KWF



PN. RADZIAH MAMAT
PENOLONG PEGAWAI SAINS (C27)
TETAP
(Telah di naikkan pangkat dari Pembantu Makmal)




CIK NOOR LIYANA ABU BAKAR

Setiausaha Pejabat (N27)

KONTRAK

(Kenaikan pangkat dan segaligus mendapat status dari sambilan ke kontrak)





EN. MOHD IBRAHIM MOHAMAD YUSSOP
PEMBANTU AM PEJABAT (N1)
KONTRAK
(Telah ditukar status dari sambilan ke kontrak)


EN. IZZUL FIQRI KAMAL
PEMBANTU AM PEJABAT
KONTRAK

(Telah ditukar status dari sambilan ke kontrak)



KELAB WARGA FIZIK