Tuesday, December 20, 2011

Tahniah atas kelahiran ke-3 Pn. Kamsiah Alias

Ahli Kelab Warga Fizik (KWF) mengucapkan tahniah kepada Pn. Kamsiah Alias, suami dan keluarga atas kelahiran bayi lelaki mereka sekitar jam 12.12 tghari pada 8 Disember 2011 yang lalu.
Dikhabarkan bayi lelaki tersebut dilahirkan secara normal di Hospital Serdang. Bayi seberat 3.04kg diberi nama DZAKIR IMRAN ZAINAL. Didoakan moga bayi ini membesarkan dengan baik serta menjadi anak yang soleh untuk mendoakan dan membahagiakan kedua orang tuanya seindah namanya آمِّينَ..

Thursday, December 1, 2011

Program FIZIK 360 berlangsung meriah

Jabatan Fizik, Fakulti Sains UPM telah melancarkan satu program yang diberi nama “Fizik 360”. Ia telah dilancarkan oleh wakil Dekan, Fakulti Sains iaitu Timbalan Dekan Akademik Prof. Madya Dr. Siti Khalijah Daud pada pagi tadi 2 Disember 2011 bertempat di Bilik Gerakan Fizik 360, Jabatan Fizik. Fakulti Sains.

Antara pengisian program, seperti Bengkel “Mind Mapping”, Tazkirah Hijrah dan Ceramah “Naik Pangkat Ekspres”. Program ini tercetus daripada semangat Hijrah untuk menganjak paradigma baru kepada warga Jabatan.

Nama “Fizik 360” ini mewakili satu transformasi yang syumul dan menyeluruh, bukan sahaja dari segi prestasi kerja tetapi juga sahsiah dan peribadi warganya, staf dan juga pelajar. Matlamat dan sasaran program ini antaranya ialah memacu kecemerlangan Jabatan, memperkukuh organisasi dan berkongsi pengalaman dan kepakaran.

Banyak aktiviti dirancang sepanjang tahun untuk mencapai tujuan tersebut. Diantaranya ialah Penulisan buku, Santai Fizik, Pengukuhan sahsiah staf dan pelajar, Seminar Fundamental Fizik dan Industri, Seminar Alumni Fizik, Kolokium Fizika dan banyak lagi. Adalah diharapkan dengan program ini akan memberi impak yang besar kepada seluruh warga Fizik.
KELAB WARGA FIZIK