Tuesday, October 26, 2010

AUDIT PEMANTAUAN SIRIM MS ISO 9001:2008 FAKULTI SAINS 2010

Audit Pemantauan SIRIM MS ISO 9001:2008 bagi Skop Prasiswazah dan Pengurusan Sokongan Fakulti Sains 2010 akan diadakan seperti di bawah;

TARIKH: 01 NOVEMBER 2010 (Isnin)

MASA: 9.00 PAGI-5.00 PETANG

KETUA JURUAUDIT: CIK AILEE TIONG

AUDITOR : PUAN MANI MAARAN KRISHNAN

Diharap semua warga KWF telah membuat persiapan selengkapnya bagi menjamin kejayaan Jabatan seterusnya Fakulti.

Monday, October 18, 2010

EN. BAHARUDDIN IBRAHIM DIMASUKKAN KE HOSPITAL


Dimaklumkan bahawa En. Baharuddin Ibrahim telah dimasukkan ke wad CCU, Tingkat 1, Hospital Putrajaya pada 18 Oktober 2010 (Isnin) yang lalu. Kepada warga KWF yang berkesempatan untuk melawat, silalah berbuat demikian.Marilah kita semua mendoakan supaya kesihatan beliau bertambah baik. Ameen Ya Rabbal A'lameen

Thursday, October 14, 2010

PELANTIKAN BAHARU KJ FIZIK


Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Tan Sri Naib Canselor UPM melantik YBhg. Prof. Dr. W. Mahmood Mat Yunus sebagai Ketua Jabatan Fizik yang baharu, Fakulti Sains mulai 18 Oktober 2010 hingga 9 April 2013.

Warga KWF mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada beliau.

Tuesday, October 12, 2010

LAWATAN RASMI KE LUAR NEGARA

Seramai 3 orang warga KWF telah berangkat ke Pittsburgh, USA kerana menghadiri kursus Technical Training on Thin Film Deposition System untuk alat DC dan RF Magnetion Sputtering System.

Mereka adalah Profesor Dr. Mohd Maarof H.A Moksin (Ketua Jabatan),
Profesor Dr. Abdul Halim Shaari dan En. Razak Harun.


Mereka telah bertolak pada 9 Oktober 2010 dan dijangka pulang pada 19 Oktober 2010 ini.

Friday, October 8, 2010

KEMERIAHAN SYAWAL@FIZIK


Kelab Warga Fizik (KWF) telah berjaya menganjurkan Sambutan Majlis Hari Raya Jabatan Fizik 2010 pada 2 Oktober 2010 (Sabtu), jam 8.00 malam di Perkarangan Dewan Kuliah Sains (DKS) yang dihadiri oleh ahli-ahli KWF termasuklah keluarga masing-masing.

Pada majlis kali ini En. Mohd Shah Ibrahim telah menerajui majlis sebagai Pengarah Program dan dibantu oleh warga KWF sendiri.
"Saya mengharapkan yang terbaik sepanjang majlis ini berlangsung dan mengharapkan keredhaan ALLAH s.w.t. Tidak lupa juga jutaan terima kasih buat semua warga KWF yang telah bertungkus-lumus menyiapkan juadah utama sepanjang hari ini. Semoga tradisi seperti ini dapat dikekalkan untuk tahun-tahun mendatang" menurut beliau.

Pelbagai acara yang telah dirancang bagi memeriahkan majlis termasuklah persembahan karaoke oleh warga KWF, pertandingan menganyam ketupat, cabutan bertuah, persembahan multimedia aktiviti KWF sepanjang 2010 dan duit raya untuk anak-anak warga KWF.

Warga KWF juga telah menjemput beberapa mantan ahli KWF. Jemputan khas telah dibuat sebelum majlis bagi menyambung kembali perhubungan yang lama terpisah. Antara mantan ahli KWF yang dapat hadir termasuklah Pn. Yusnita Osman dan Pn. Wan Yusmawati Wan Yusof (Pegawai Sains) dengan membawa bersama ahli keluarga mereka. Pelbagai cerita dan perkembangan sesama ahli bertukar ganti.

Pelbagai menu menarik telah disediakan untuk santapan pada malam ini. Warga KWF telah bersetuju dan berjaya menyediakan nasi minyak, kari kambing, drummet ayam, acar buah dan tidak ketinggalan sate daging dan ayam. Warga KWF turut membawa 'port luck' masing-masing

KEUNIKAN WARGA KWF MENYAMBUT MAJLIS RAYA

Seawal pagi jam 8.00 pagi beberapa ahli KWF yang diketuai oleh En. Rahmat Kamid telah pergi ke pasar borong Selangor untuk membeli bahan kering dan juga mentah bagi memasak juadah utama Majlis Sambutan Raya Jabatan Fizik 2010 bersama keluarga pada 02 OKTOBER 2010 (SABTU) bermula jam 8.30 MLM bertempat di perkarangan Dewan Kuliah Sains.

Perkarangan Dewan Kuliah Sains begitu meriah dengan kehadiran warga KWF yang ingin membantu membuat persiapan memasak. Ada juga warga KWF yang datang membawa bersama keluarga. Kemeriahan bertambah terasa dengan kehadiran beberapa pensyarah yang datang untuk sama-sama membantu. Tiada perbezaan taraf dan kedudukan yang dipamerkan.

Semua warga KWF bertungkus-lumus untuk menyediakan kelengkapan memasak, keperluan teknikal dan juga hiasan pada pagi tersebut. Semua JK Pelaksana melakukan tugas-tugas yang telah dirancang. Segala tugasan dilakukan dengan penuh keseronokan dengan gelak tawa ahli juga alunan lagu-lagu raya yang dipasang.

Begitulah uniknya majlis sambutan Hari Raya peringkat Jabatan Fizik 2010 bersama keluarga yang telah mengekalkan tradisi ini untuk 2 tahun berturut-turut. Semua ahli berjanji untuk mengadakan lagi majlis serupa ini di tahun-tahun akan datang. Harapan semoga kemeriahan sebegini akan lebih terasa dengan kehadiran semua warga KWF. Lagi ramai lagi meriah!



Wednesday, October 6, 2010

PENYATA AKAUN TABUNG 'BERSAMA KWF' SETAKAT SEPT 2010

Bersempena Majlis Bacaan Yassin & Tahlil Siri II pada 27 Mei 2010, satu Tabung 'Bersama KWF' telah dilancarkan. Tabung ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi sumbangan kemasyarakatan bagi mana-mana pihak yang memerlukan. Setakat ini jumlah yang diterima adalah sebanyak RM350.00

Pada 30 September 2010, seterusnya sumbangan berjumlah RM100.00 telah diberikan kepada keluarga mangsa kebakaran pegawai UPM yang menetap di ladang, Puchong.

Keseluruhan jumlah terkini adalah sebanyak RM250.00.

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh.” (al-Munafiquun: 10)

SEKALUNG PENGHARGAAN

Sekalung penghargaan buat semua JK Pelaksana Majlis Jamuan Hari Raya Jabatan Fizik 2010 bersama keluarga dengan ucapan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama yang telah diberi sedari mula persiapan gotong-royong memasak juadah utama sehingga selesai majlis pada malam tersebut.

Mohon maaf sekiranya ada sebarang kelemahan ataupun kecacatan semasa majlis berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari ALLAH dan yang sebaliknya adalah kelemahan kita sendiri.
Sekian, terima kasih
EN. MOHD SHAH IBRAHIM
Pengarah Majlis Sambutan Hari Raya
Jabatan Fizik 2010 bersama keluarga

Tuesday, October 5, 2010

UPM Paintball Challenge 2010

Seramai 5 orang jaguh daripada Jabatan Fizik, Fakulti Sains, UPM akan menyahut cabaran UPM anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM dengan kerjasama Sekretariat Rakan Muda UPM dalam acara paintball yang akan di adakan bersempena dengan pesta konvo tidak lama lagi. Walaupun penyertaan di saat akhir, namun mereka tidak gentar untuk menghadapi rintangan dan cabaran. Mereka tidak takut untuk dihujani peluru tembakan dan tidak takut juga untuk menembak musuh. Inilah semangat keberanian yang cuba ditunjukkan oleh mereka demi manaikkan nama fakulti di peringkat UPM...

Oleh itu, marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana dan memberikan semangat padu kepada pasukan yang akan mewakili Fakulti kita ini........!!!!


Tempat : Bukit Ekspo, UPM

Tarikh : 9 Oktober 2010

Masa : pagi- petang


Jaguh-jaguh Fakulti yang akan menyertai cabaran ini adalah:

1) MOHD IBRAHIM MOHAMAD YUSSOP (KETUA PASUKAN/BAPAK WARRIORS)

2) MUHAMAD ZAMRI YAHAYA

3) AZRIL TAJUDIN

4) IZZUL FIQRI KAMAL

5) UMAIR ABDUL HALIM


NAMA PASUKAN : SCIENCE WARRIORS


Semua jaguh berjanji untuk memberikan saingan sengit kepada pihak lawan!!!!


WARGA KWF KE TANAH SUCI MEKAH

Untuk makluman warga KWF, seramai 2 orang ahli KWF akan berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji iaitu PROFESOR DR. SIDEK AB AZIZ dan EN. NORDIN ABDUL KADIR.


EN. NORDIN ABDUL KADIR akan berangkat pada 09 Oktober 2010 (Sabtu) dan dijangka pulang ke tanahair pada 24 November 2010 (Rabu) menaiki penerbangan KT02.

Manakala PROF. DR. SIDEK AB AZIZ pula akan berangkat pada 08 November 2010 (Isnin) dan dijangka pulang ke tanahair pada 19 Disember 2010 (Ahad) menaiki penerbangan KT97.


Marilah kita semua mendoakan kesihatan sepanjang mereka mengerjakan ibadah haji dan pulang membawa haji yang mabrur.
KELAB WARGA FIZIK