
Kelab Warga Fizik (KWF) telah berjaya menganjurkan Sambutan Majlis Hari Raya Jabatan Fizik 2010 pada 2 Oktober 2010 (Sabtu), jam 8.00 malam di Perkarangan Dewan Kuliah Sains (DKS) yang dihadiri oleh ahli-ahli KWF termasuklah keluarga masing-masing.
Pada majlis kali ini En. Mohd Shah Ibrahim telah menerajui majlis sebagai Pengarah Program dan dibantu oleh warga KWF sendiri.
"Saya mengharapkan yang terbaik sepanjang majlis ini berlangsung dan mengharapkan keredhaan ALLAH s.w.t. Tidak lupa juga jutaan terima kasih buat semua warga KWF yang telah bertungkus-lumus menyiapkan juadah utama sepanjang hari ini. Semoga tradisi seperti ini dapat dikekalkan untuk tahun-tahun mendatang" menurut beliau.
Pelbagai acara yang telah dirancang bagi memeriahkan majlis termasuklah persembahan karaoke oleh warga KWF, pertandingan menganyam ketupat, cabutan bertuah, persembahan multimedia aktiviti KWF sepanjang 2010 dan duit raya untuk anak-anak warga KWF.






Pelbagai menu menarik telah disediakan untuk santapan pada malam ini. Warga KWF telah bersetuju dan berjaya menyediakan nasi minyak, kari kambing, drummet ayam, acar buah dan tidak ketinggalan sate daging dan ayam. Warga KWF turut membawa 'port luck' masing-masing




No comments:
Post a Comment